| | |

APA ITU LECITHINE

LECITHINE

Lecithine apa kandunganya

Lecithine, apa kandunganya !

Lecithine  adalah bahan lemak yang terdapat dalam sel-sel tisu manusia,tumbuhan dan haiwan. Apabila dihadam , Lecithine dipecah menjadi bahan yang dipanggil CHOLINE , yang diguna oleh badan untuk mengangkut lemak, mengawal metabolisme, mengekal integriti struktur sel dan memudahkan penghantaran signal saraf.


Manfaat Kesihatan LECTHINE.

Kesihatan Kolestrol:
Penyelidik telah mendapati bahawa lecithine kacang soya boleh menyumbang dalam meningkatkan kolesterol HDL ( kolesterol baik) dan merendahkan koesterol LDL ( kolesterol jahat ) dalam darah. Ia juga meningkatkan kesihatan jantung , iaitu mengurangkan risiko penyakit berkaitan otak dan jantung .
Juga menyokong pengurangan berat badan :

Lesitin
boleh memecahkan lemak menjadi molikul yang lebih kecil yang kemudianya boleh berubah menjadi asid lemak yang mudah di oksidakan oleh badan bagi membentuk tenaga .
Berat badan yang ideal boleh meningkatkan kesihatan emosi individu , meningkatkan keyakinan diri serta membantu mendapat tidor yang berkualiti .
Membantu Dalam Penyusuan :
Lesitin adalah emulsifier lemak semulajadi yang boleh membantu mengurangkan  ” Kelikatan” susu dan menghalang lemak daripada berkumpul bersama-sama . Ia boleh juga mengecilkan gumpalan lemak sedia ada  dan meningkatkan aliran susu .
Manfaatnya :
Bayi akan sihat kerana mendapat bekalan susu yang cukup , dan mengurangkan risiko kanser ovari dan payudara pada ibu .
Rambut dan Kulit yang Sihat :
Kepekatan asid lemak yang tinggi pada Lesitin membina halangan pelindung pada kulit dan rambut yang berkesan memerangkap kelembapan .
Manfaatnya rambut bersinar , kulit lembab dan berseri .
Fungsi Otak dan kognitif:

Penyelidikan klinikal menunjukkan bahawa diet yang  kaya dengan choline boleh  membawa kepada ingatan yang lebih tajam. Bahan lipid yang mengandungi choline, seperti lesitin,boleh meningkatkan saluran fungsi otak ( neurotransmitter).

Hasilnya :

  • Ingatan lebih pintar  dan lebih kuat.
  • Lebih fokus dalam pembelajaran.
  • Mengurangkankan risiko Alzhimer.

 

Lecithine apa kandunganya ?  Dah terjawab kan … Alhamdulillah.

 

Nak tahu lebih detail? atau nak dapatkan produk dan cara menggunakanya ?  Jom klik jer  WHATSAPP  ni!

PENAFIAN :
Semua penulisan tentang produk dan testimoni yang dikongsi di blog ini bukan bertujuan untuk merawat dan menyembuhkan penyakit. Sebarang masalah kesihatan mestilah diajukan kepada pakar perubatan yang diiktiraf.

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *