KENALI TONSIL ANDA UNTUK HIDUP YANG SIHAT

TONSIL

Tonsil adalah gumpalan tisu limfoid (sub-epitelium) yang terletak di bahagian tekak (orofarinks).
Setiap manusia mempunyai 2 biji tonsil. Tonsil berbentuk bujur dan terletak di dinding sisi tekak (orofarinks) di antara tiang anterior (“anterior pillar”) dan tiang posterior (“posterior pillar”).
Saiz sebenar tonsil adalah lebih besar dari apa yang kita dapat lihat. Ini adalah kerana ianya memanjang ke arah lelangit, memanjang ke arah pangkal lidah dan memanjang ke arah lengkung palatoglosal di sisi.

Tonsil anda  dapat dilihat dengan jelas dengan cara membuka mulut lebar-lebar sambil menjulurkan lidah. Sementara itu, jaringan lembut yang terletak di langit-langit belakang dan terletak di tengah tonsil dikenali sebagai adenoid.KEDUDUKAN TONSIL ANDA

Ukuran tonsil  pada setiap orang berbeza bergantung usia dan kondisi tubuhnya. Secara umumnya ukuran tonsil pada anak-anak dua kali lebih besar dibanding ukuran orang dewasa. Semakin dewasa dan seiring bertambahnya usia, ukuran tonsil menjadi semakin mengecil.
Meski begitu, tonsil yang terlalu besar boleh menyebabkan berbagai gangguan kesihatan. Pembengkakan di tonsil memberi gambaran yang tubuh anda sedang mengalami infeksi.
Jika tonsil  anda  atau tonsil anak anda membesar luar biasa dan disertai dengan berbagai gejala lain yang mengganggu aktiviti harianya , cepat-cepat berjumpa doctor..

PERANAN TONSIL

Unjuran kecil tapi berperanan penting sebagai :

1. Membangunkan sistem keimunan dan antibodi badan (di peringkat awal usia).
2. Melindungi saluran pernafasan dengan mengawal pintu laluan udara pernafasan daripada bakteria dan virus.
3. Membentuk sel limfosit atau sel darah putih  dan plasma untuk pertahanan badan.
4. Memantau dan memberi amaran kepada badan akan jangkitan bakteria yang masuk melalui udara dan makanan.

Sentiasa peka dan pastikan anda tak terlepas pandang benda paling basic ini  , tapi sangat penting. !

HARGAI DAN PELIHARA NIKMAT ALLAH PADA KITA !

Jika anda ingin tahu maklumat lanjut  tentang tonsil anda ,  jangan segan hubungi mama di..

Https://www.wasap.my/60192523868

Kita Jumpa Di Entry akan datang  Dengan Topik ” PUNCA TONSILLITUS AKUT PADA KANAK-KANAK SEKOLAH !”

TUNGGU!!