| |

DOA YANG BAGUS UNTUK WANITA

DOA YANG BAGUS UNTUK WANITA:

Erti sebenar doa adalah permintaan, permohonan atau rayuan seseorang kepada Allah SWT yang diucapkan dengan penuh keikhlasan, kerendahan hati dan bersungguh-sungguh terhadap apa yang dimohon. Kali ini mama nak kongsi doa untuk wanita yang harus diamalkan.

Doa yang bagus untuk wanita

 

 

Antara DOA YANG BAGUS UNTUK WANITA  amalkan adalah :

1. Doa Selepas Wuduk:

 

“Aku bersaksi tidak ada Tuhan melainkan Allah Yang Maha Esa. Tidak ada sekutu untuk Nya. Aku bersaksi juga bahawa Nabi Muhammad itu hamba dan utusan Nya. Ya Allah, jadikan aku daripada golongan orang yang bertaubat kepada Mu. Dan jadikanlah aku daripada golongan orang yang bersih. Dan jadikan aku daripada golongan hamba Mu yang soleh.”

Di baca selepas setiap kali mengambil wuduk.

Apa manfaat membaca doa selepas wuduk ?

Rasulallah SAW bersabda “Apabila seseorang itu membaca doa selepas  mengambil wuduk  dengan  sempurna , kelak nanti akan bebas baginya memasuki mana-mana pintu syurga yang disukainya.” ini di tulis di dalam sebuah hadis sahih Muslim, bab At Thaharah sebagaimana diriwayatkan oleh Ibnu QayyimAl-Jauziyah dalam kitab Hadil Arwah Ila Biladil Arfah. ا

2. ❝Doa ini diajarkan Rasulullah ﷺ kepada Sayyidina  ‘Aishah رضي الله عنها:


اَللَّهُمَّ أَذْهِبْ غَيْظَ قَلْبِي  ,   وَ أَجِرْنِي مِنْ مُضِلَاتِ الْفِتَن.

 

Amalkan zikir ini 7 kali setiap hari, antara faedahnya ialah menjadi asbab untuk diperbaiki akhlak dan diperkuatkan iman, dan juga diangkat darjatnya kepada darjat para auliya serta dijadikannya sebagai wanita yang solehah.❞ Semoga ALLAH menjadikan kita wanita-wanita solehah, yang diredhai ALLAH dan dicintai RASULULLAH SAW.

3. Doa Selepas Solat:

Ya Allah, kami memohon kepadaMu keselamatan agama. kesihatan jasmani, pertambahan dalam ilmu, keberkatan pada rezeki, taubat sebelum mati, mendapat rahmat ketika mati dan memperolehi keampunan setelah mati.

Doa merupakan pengharapan kita kepada Allah setelah usaha sehabis baik telah kita usahakan.  Di harap sedikit perkongsian kecil mama ini dapat di manfaatkan oleh siapa saja yang membaca artikel mama ini. INSYAALLAH !

ASSALAMUALAIKUM !

Mamazai SID 1212672
No tel: 0192523868
Your trusted Shaklee Independent Distributor
Shaklee Business Leader,
Shaklee BTP Rawang.

 

Similar Posts

3 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *