| |

Intermittent Fasting, Berkesankah Bagi kita untuk Kurus !

 Intermittent Fasting Untuk Kurus?

Intermittent Fasting (IF) merupakan satu diet yang berkonsep mengatur pola makan mengikut jadual yang tertentu. Ianya menggunakan kaedah puasa sebagai medium utama diet, justeru  ia dapat menarik minat ramai, terutamanya  individu islam, tak kurang juga dari agama lain.

Persoalanya ,boiehkah kita praktikkan intermittent fasting untuk kurus ?

Diet Intermittent Fasting hanya memerlukan pengaturan tempoh waktu makan dan tempoh waktu berpuasa mengikut tahap dan kesesuaian setiap individu. Bukan itu sahaja , masa tidor juga dikira sebagai tempoh berpuasa . Ini yang menyebabkan IF menjadi tarikan ramai  kerana ianya mudah untuk diamalkan dan sesuai untuk semua .

Maka tidak hairan IF popular dalam kalangan athelit dan selebriti  dan menjadi topik hangat dalam medsos.

intermittent fasting

Bagaimanakah Intermittent Fasting diamalkan?

Rutin harian bagi seorang yang mengamalkan IF di bahagikan kepada dua  tempoh waktu iaitu ,  Fasa Makan dan Fasa Berpuasa. Tidak ada menu khusus  yang di perlukan, namun  makanan sihat dan seimbang di sarankan untuk di ambil. Selain daripada itu,pengamal IF juga perlu melakukan aktiviti-aktiviti fizikal seperti bersukan ,bersenam , berkebun dan sebagainya agar kekal sihat dan cergas.

Fasa Berpuasa:

Waktu tidor selama 8 jam dikira sebagai tempoh waktu fasa berpuasa .Dalam fasa berpuasa ,pengamal IF hanya dibenarkan untuk minum air masak, air teh hijau, teh dan kopi tanpa susu dan gula. Aktiviti harian diteruskan seperti biasa.

Fasa Makan:

Pengamal IF disarankan mengambil makan dan minum sebanyak 3 kali/sessi  dalam tempoh waktu berpuasa. Makanan dan minuman yang seimbang  dan sihat  perlu diutamakan , contoh ,salad dan jus buah-buahan. Jauhi makanan dan minuman yang tinggi kandungan  lemak , garam, gula dan minyak . Begitu juga dengan  makanan dan minuman yang diproses dari kilang.

 

 

Ada 7 jenis IF yang boleh diamalkan:

1. Overnight Fasting(Puasa semalaman):

Overnight fasting atau puasa semalaman , memerlukan anda untuk berpuasa minimum selama 12 jam sehari, sebagai contoh , anda mula berpuasa pada jam 8 malam dan berbuka pada jam 8 pagi keesokkan harinya. Istimewanya kaedah ini adalah waktu tidur anda merangkumi sebahagian besar waktu berpuasa .

 

2. Time-Restricted Fasting ( puasa pada waktu tertentu):

Time-Restricted Fasting memerlukan anda berpuasa sekitar 14 hingga 20 jam sehari, mengikut tahap individu. Cara ini agak popular dan senang dan mudah dipraktikkan.  Terdapat 4 intermittent fasting schedules:

  1. 14 – 10    –  14 jam masa puasa, 10 jam masa makan,
  2. 16 – 8:     –  16 jam masa berpuasa, 8 jam masa makan,
  3. 18 – 16:   –  18 jam masa berpuasa, 6 jam masa makan,
  4.  20 – 4:    –  20 jam berpuasa, 4 jam masa makan

 

3. Whole Day Fasting ( Puasa seharian):

Whole Day Fasting memerlukan anda berpuasa selama 24 jam sehari (advance plan) . Contoh anda mula berpuasa jam 9 malam hari ini dan berbuka malam 9 malam  keesokkan harinya. Kaedah ini juga dikenali sebagai , ,OMAD   ( One Meal A Day Diet ).

 

4. Alternate Day Fasting( Puasa selang sehari):

Alternate Day Fasting  – anda berpuasa pada hari isnin , rabu , jumaat, ahad, selasa, khamis dan seterusnya. Pada hari berpuasa , anda hanya dibenarkan makan dan minum 500 – 600 kalori sahaja.

 

5. 5:2 fasting ( Puasa ratio 5:2 ):

Mengikut kaedah ini , anda hanya berpuasa 2 hari sahaja dalam seminggu. Sebagai contoh anda berpuasa pada hari isnin dan khamis sahaja setiap minggu. Anda hanya boleh makan dan minum  sebanyak 500 kalori – 600 kalori sahaja pada hari berpuasa.

 

6. Skipping Meals Fasting:

Puasa Melangkau Waktu Makan, teknik in memerukan anda meninggalkan beberapa waktu makan . Contoh , anda tidak mengambil sarapan , tapi anda terus mengambil makan tengahari. Kemudian anda tidak mengambil makan malam. Kaedah ini berhasil jika makan tengahari anda tidak melebihi kuantiti kebiasaan.

 

7. Choose Your Day Fasting(CYDF):

Dikatogerikan sebagai kaedah yang paling ringan.Jika anda mengamalkan kaedah CYDF atau puasa pilih hari sendiri,, anda bebas untuk berpuasa pada bila-bila hari , tiada apa-apa syarat yang khusus. Anda boleh berpuasa mengikut kemampuan diri sendiri.

  • #blogmewgashaklee
  • #shakleethrive2023,
  • #shakleetriumph2023
  • ,#pengedarshakleebandartasikputeri

Jika anda  ingin mengikuti kelas IF percuma , boleh klik link dibawah:

www.wasap.my/60192523868,

ATAU

Anda anda ingin informasi lanjut tentang IF ,sila klik : Intermittent fasting

Nantikan entry mama  seterusnya dengan tajuk ” Menu Menarik IF” !

Hubungi kami untuk mengetahui tentang peluang bisnes Shaklee hanya dari rumah dan secara online.

 

PENAFIAN :
Semua penulisan tentang produk dan testimoni yang dikongsi di blog ini bukan bertujuan untuk merawat dan menyembuhkan penyakit. Sebarang masalah kesihatan mestilah diajukan kepada pakar perubatan yang diiktiraf.

 

 

 

Similar Posts

6 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *