| |

5 PETUA HILANGKAN JERAGAT CARA SELAMAT DAN SEMULAJADI

5 PETUA HILANGKAN JERAGAT  CARA SELAMAT DAN SEMULAJADI.

 

PETUA HILANGKAN JERAGAT

Jeragat  pada wajah mungkin tidak memberikan kesan kepada kesihatan tetapi boleh ‘membunuh’ jiwa seseorang yang mengalaminya.   Kewujudannya menyebabkan rasa rendah diri untuk berdepan orang ramai dan paling membimbangkan boleh menimbulkan masalah tertekan atau kemurungan. Justeru ianya perlu dicegah atau dirawat sebelum menjadi parah.  Jadi entry kali ini mama nak kongsi  5 PETUA HILANGKAN JERAGAT dengan cara yang selamat dan semulajadi.

Sebelum itu, kita lihat dulu apa punca jeragat berlaku ! 

Jeragat berlaku bilamana kulit menghasilkan minyak yang berlebihan. Dalam masa yang sama terdapat sel-sel kulit mati yang tebal. Memburukkan lagi keadaan bila berlakunya  kehadiran sama radikal-radikal bebas .

Jom kita lihat beberapa cara mudah untuk mengatasinya .

Cuci muka 2 kali sehari menggunakan pencuci muka yang sesuai , boleh lihat DISINI . Elakkan pencuci yang mengeringkan kulit, kerana kulit yang kering menyebabkan penghasilan minyak berlebihan. Elakkan memakai make-up dalam jangka waktu yang lama.

PETUA PERTAMA – Aloe Vera:

Caranya:

Aloe Vera dicampurkan dengan sedikit madu , biarkan selama 10 minit. Kemudian sapu pada muka biarkan selama 20 ke 30 minit lagi. Bilas dengan air suam. Buat setiap hari 2 kali sehari. ( Aloe Vera  boleh mengatasi masaalah kulit kering dan berminyak. Ia juga memperbaiki sel-sel kulit mati.).

PETUA KEDUA – Lemon:

Caranya:

Lemon – potong lemon  jangan terlalu nipis . gosokkan pada muka, boleh campur dengan madu. biarkan kering pada muka , kemudian bilas dengan air bersih.   (Lemon mengandungi asid Sitrik yang berfungsi membersihkan kulit dari minyak berlebihan dan boleh hilangkan jeragat) .

PETUA KETIGA – Teh hijau:

Caranya :

Rendam uncang teh hijau dalam air panas selama 5 minit . Ambil uncang tadi ,  gosokkan pada kulit yang berjeragat . ( Menurut kajian TEH HIJAU boleh mengurangkan pengeluaran minyak berlebihan, ini boleh menhalang penyerapan hormon androgen ( androgen berlebihan pada wanita menyebabkan pigmentasi/jeragat).

PETUA KEEMPAT – Oat Meal:

Caranya :

  • 2 sudu makan yogurt
  • 1 sudu makan jus Lemon
  • 1 sudu makan madu
  • 4 sudu makan Oats
  • 1 sudu makan cuka  Epal.

Campur semua bahan di atas gaul jadikan masker , biar selama 20 minit, kemudian bilas dengan air suam . Lakukan setiap hari.  ( Oats beretindak sebagai  agent penglupasan semulajadi , mampu menghilangkan sel-sel mati dan kotoran , menyerap minyak berlebihan dan membuka liang pori . )

PETUA KELIMA – Pemakanan Seimbang:

Kurangkan makanan berminyak , bergoreng , sebab punca utama jeragat adalah minyak berlebihan. Amalkan pemakanan ikut piramid makanan. Lebihkan sayuran dan buahan. Makan ikut piramid makanan atau suku-suku separuh . Makanan yang seimbang akan menghasilkan badan yang sihat. Badan sihat , kulit pun sihat.. Insyaallah.

petua hilangkan jeragat

 

Selain dari petua-petua tradisional , anda boleh cuba cara mudah menggunakan supplement , yang terdiri dari rawatan luaran dan dalaman yang memastikan peratus keberkesanan yang tinggi ,tidak terlalu cepat hasilnya.. tapi paling  best ianya berkesan semulajadi dan selamat.

Boleh klik number dibawah untuk maklumat lanjut!

Mamazai SID 1212672
No tel: 0192523868
Your trusted Shaklee Independent Distributor
Shaklee Business Leader,
Shaklee BTP Rawang

Follow mama disini:

 

#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
#pengedarshakleebandartasikputeri

PENAFIAN :
Semua penulisan tentang produk dan testimoni yang dikongsi di blog ini bukan bertujuan untuk merawat dan menyembuhkan penyakit. Sebarang masalah kesihatan mestilah diajukan kepada pakar perubatan yang diiktiraf.

 

 

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *